Tragedi Berbuka Puasa, Kulit Melecur Teruk Gara-Gara Pressure Cooker




Bagi memudah dan mempercepatkan proses memasak, ramai yang memilih untuk menggunakan periuk jenis pressure cooker. Tidak dinafikan dalam masa hanya 30 minit sahaja, makanan sudah masak dengan elok.

Namun harus diingatkan ada cara yang betul untuk mengendalikan periuk jenis ini supaya kejadian tidak diingini dapat dielak. Seperti kisah yang dikongsi wanita ini, ibu dan adiknya melecur teruk selepas pressure cooker meletup.

Lagi 15 minit nak berbuka

Mendapat lebih 4k retweet, wanita ini memohon orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan periuk pressure cooker. Adik dan ibunya dilaporkan melecur teruk di badan selepas membuka periuk ini 15 minit sebelum berbuka puasa.

Adik burn stage 2

Di ruangan balas, netizen menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan ketika mengendalikan periuk ini. Malah mereka mencadangkan supaya fungsi autolock disediakan untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.

Berhati-hati apabila guna pressure cooker

Patut ada ‘autolock’ untuk keselamatan

Bagaimanapun , insiden yang berlaku itu mungkin bukan salah pressure cooker, sebaliknya, sikap kita yang tidak arif mengenai cara penggunaan yang betul periuk berkenaan.

Sumber : OhBulan




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*