Baru 3 Hari Pulang Dari Umrah, Pengasas Dnars Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Di Thailand




PENGASAS produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kem4langan di Pattani, Thailand, hari ini.

Faziani Rohban Ahmad, 39, m4ut di lokasi kejadian akibat p4rah dan tersepit di bahagian penumpang hadapan, manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera.

Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dengan lori.

Adik m4ngsa, Mohd Faizul Rohban, 34, berkata, dia menerima panggilan daripada abang iparnya, 10.30 pagi tadi memaklumkan kakaknya meningg4l dunia akibat tersepit.
“Kakak dan abang ipar keluar dari rumah mereka di Wakaf Bharu, Tumpat pada 8 pagi tadi dan dalam perjalanan ke pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.“Setakat ini saya hanya dimaklumkan mereka terbabit kem4langan dengan lori dan kini j3nazah kakak berada di hospital,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.Menurutnya, dia sekeluarga masih terkejut dengan kejadian itu dan mereka dalam perjalanan ke hospital.

Katanya, kakaknya baru tiga hari pulang dari menunaikan umrah di Makkah dan selepas itu mereka ke Jakarta berbuka puasa bersama anak yatim.

Sumber : MyMetro




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*