Sempat Jemput Pelajar Madrasah Untuk Mengaji Bermula Hari Ini Di Rumahnya, Tak Sangka Rupanya Tahlil Untuk Diri Sendiri.

PENGASAS produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad sempat menjemput pelajar Madrasah Ahbabulmustafa Al Islamiah, Kampung Menjual, Tumpat untuk mengaji di kediamannya selama 40 hari bermula hari ini.

Setiausaha Sulit mudir madrasah berkenaan, Al Fatas Yasmi berkata, selain mengimarahkan Ramadan, ia juga sebagai tahlil untuk arw4h bapanya yang sudah meningg4l dunia pada Ramadan lebih 15 tahun lalu.

“Arw4h menjemput seramai 30 pelajar dari madrasah ini untuk mengaji di rumahnya selama 40 hari bermula hari ini di samping mengadakan majlis tahlil.

“Rupa-rupanya tahlil ini nanti bukan sahaja untuk bapanya yang meningg4l di Ramadan lama dahulu, tapi dirinya sendiri (Faziani),” katanya ketika ditemui di rumah arwah di Kampung Paloh, hari ini.

Al Fatas berkata, sudah empat tahun pengasas kosmetik itu memberi sumbangan kepada madrasahnya dalam bentuk makanan, keperluan serta kewangan.

Katanya, Faziani dilihat agak kelam kabut menyelesaikan urusan sedekah membabitkan beberapa pondok seperti sudah dapat mengagak ajalnya bakal tiba.

“Saya ada berbual dengan pembantu arw4h yang memberitahu Faziani ingin mempercepatkan segala urusan sedekahnya kepada semua badan kebajikan, pondok dan individu.

“Beberapa hari kebelakangan ini arw4h dilihat berkelakuan agak pelik dari biasa di mana ingin selesaikan segala urusan sedekah dan infaq sekali gus.

“Kami memang sangat terkejut dengan musib4h yang melanda beliau, bagaimanapun pemergiannya adalah pada bulan yang baik,” katanya.

Jen4zah Fauzani yang bertolak dari Hospital Pattani, Thailand tiba di kediamannya pada 6 petang diiringi suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, dengan menaiki van jen4zah.

Jen4zahnya akan dimandi dan disolat jen4zah di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit di sini malam ini.

Sumber : MyMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*