Pengasuh Paksa Kanak-Kanak Makan Bubur Dicampur 50 Gram Garam Sehingga M4ti

Seorang pengasuh yang mer4cun kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dengan garam, dijatuhkan hukum4n penj4ra 14 tahun.

Ibu kepada dua orang anak, Yana Deinesh, 25, didakwa meletakkan sejumlah besar garam ke dalam bubur nasi dan memaksa m4ngsa makan makanan ber4cun itu.

Kejadian itu berlaku di sebuah perkampungan di Kholmogory, utara barat Rusia.

Difahamkan, mangsa meragam ketika waktu makan tengah hari menyebabkan Yana bengang lalu mengambil keputusan untuk menghukumnya.

Yana mengambil sepaket garam dan menabur separuh isi kandungannya dan digaul dengan bubur nasi sebelum memaksa m4ngsa memakan bubur itu.

Tidak beberapa lama kemudian, m4ngsa jatuh sakit dan tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke hospital serta keadaannya dilaporkan krit1kal.

Doktor cuba sedaya upaya menyelamatkan m4ngsa, malangnya kanak-kanak itu tidak sempat diselamatkan dan meningg4l dunia.

Siasatan mendapati, m4ngsa dipaksa makan kira-kira 50 gram garam dan dos itu melebihi 60 kali ganda dari amaun yang boleh diterima badan mangsa, menyebabkan m4ngsa meningg4l dunia.

Yana ditahan dan mengaku meng4niaya m4ngsa tetapi menegaskan dia tidak berniat membu.nuh m4ngsa.

Pendakwaraya Vadim Kuchin berkata, “Orang dewasa pun tak mampu makan garam sebanyak itu. M4ngsa dipaksa makan bubur ber4cun itu sehingga m4ti.

“Kes ini jelas adalah kes bu.nuh dan mahkamah juga bersetuju dengan kami,” katanya.

Mahkamah mendakwa Yana Deinesh telah membu.nuh m4ngsa dan menjatuhkan hukuman penj4ra 14 tahun.

Sumber : Daily Mail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*