Tiz Zaqyah Berang Dakwah ‘Kasar’ PU Amin Yang Dikatakan Tiada Adab, ‘Typical Meleis Muslim’




Pendekatan berdakwah secara analogi Ustaz Amirul Amin mengenai cara menutup aurat dengan betul tular di media sosial.

Status yang dikongsikan PU Amin di laman Twitter miliknya sekitar September 2018 kembali diulangsiar oleh netizen.

Dalam status berkenaan, PU Amin mengandaikan tahap kepanasan api neraka tidak terbanding dengan suhu seterika.

“Orang perempuan cuba tips ni. Sebelum pakai tudung korang mesti gosok tudung kan?

“Apa kata korang letak jari kat sterika tu dalam tempoh 5 saat, melecur tak jari?

“Kalau melecur, pakai tudung elok-elok tau. Bukan apa kita ni tak kebal dengan panas lagi lagi api neraka,” pesan PU Amin.

Status tersebut menarik perhatian pelakon Tiz Zaqyah untuk membandingkan dengan cara pendekatan dakwah ulamak luar negara, Shaykh Azhar Nasser.

“Typical Meleis muslim and a real muslim.

“A man telling a girl to touch an iron plate with two fingers. A man calling out ‘dear brothers, and zulaykhas’,” tulis Tiz.

Bagaimanapun, pandangan Tiz itu dibidas oleh salah seorang pengguna yang menyarankan untuk memperhalusi isu yang ingin disampaikan.

“Tu kan analogi… Pandang isu yang dia nak sampaikan, tak tutup aurat, ada balasa dari Allah kelak.

“Letak jari kat iron pun dah sakit, inikan api neraka?

“Semoga sis faham dan diberikan hidayah oleh Allah,” tulis pengguna bernama @syaherrrrr itu.

Namun, Tiz menganggap seseorang pendakwah seharusnya menyampaikan ilmu dengan cara yang berhemah.

“Macam mana nak sampaikan isu kalu adabnya tak sampai langsung?

“Kita tahu mana salah mana buruk mana baik mana betul, tak perlu burukkan lagi keadaan dengan cara dakwah begini kan? Tak salah pun jadi friendly,” getusnya lagi.

Status itu terus mengundang perdebatan dalam kalangan netizen hingga ada yang menempelak cara PU Amin menggunakan ayat sedemikian untuk berdakwah.

Sumber : Gempak




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*