Misteri Kehilangan Pemandu Grab, Kesan Dar4h Ditemui Dalam Kereta.

POLIS memanggil ahli keluarga untuk mengenal pasti sama ada m4yat ditemui di Kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu, petang ini adalah pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

M4yat lelaki itu ditemui penduduk kampung sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, pada 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan m4yat seorang lelaki di kawasan kampung berkenaan.

“M4yat terbabit sudah dihantar ke hospital dan kami sudah memaklumkan kepada ahli keluarga pemandu Grab yang hilang sejak Jumaat lalu untuk proses pengecaman sama ada may4t itu adalah pemandu Grab atau sebaliknya.

“Orang ramai diminta untuk mengelak membuat spekulasi agar tidak mengganggu siasatan polis,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program Walk About di Bazar Ramadan Sembulan, Kota Kinabalu, hari ini.

Sementara itu, adik sepupu m4ngsa yang mahu dikenali sebagai Mira, 27, berkata, ahli keluarga m4ngsa dalam perjalanan ke lokasi di pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.

“Setengah jam lalu, kami dimaklumkan pihak polis terdapat satu m4yat ditemui di lokasi dan ahli keluarga m4ngsa diminta ke lokasi untuk membuat pengecaman.

“Buat masa ini, kami belum dapat memastikan m4yat ditemui itu adalah ahli keluarga kami yang hilang atau sebaliknya,” katanya.

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai seorang pemandu Grab dikenali sebagai Mohd Hanafiee Jaafar, 27, dilaporkan gagal dihubungi ahli keluarga dan rakannya sejak Jumaat lalu.

Bagaimanapun kereta dipandu m4ngsa ditemui di kawasan tapak Bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar, pada 12.30 tengah malam Ahad lalu.

Pemeriksaan mendapati kereta m4ngsa berkunci sebelum menyedari terdapat kesan d4rah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin.

Sumber : MyMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*