Samseng Botak Pecah Cermin Kereta Sudah Dicekup Polis.




PENUNGGANG motosikal yang bertindak s4mseng dengan menghentak cermin sebuah kereta dicekup polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Asmadi Borhan berkata, lelaki berusia 30-an terbabit ditangkap oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, pada jam 3 petang.

“Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai pembantu stor kilang di Balakong.

“Polis turut merampas sebuah motosikal dan topi keledar yang disyaki digunakan semasa kejadian.
“Perintah reman akan dipohon mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jen4yah di Mahkamah Petaling Jaya dan siasatan lanjut kini sedang diteruskan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.Portal Harian Metro hari ini melaporkan, seorang penunggang motosikal bertindak s4mseng dengan menghentak cermin sebuah kereta sehingga retak kerana dikatakan tidak berpuas hati apabila pemandunya membunyikan hon di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang jam 5.30 petang kelmarin.Tindakan samseng penunggang motosikal itu dirakam pemandu kereta berkenaan menggunakan kamera ‘dashcam’ dan rakaman video terbabit tular di Facebook sejak semalam.

Sumber : MyMetro




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*