Bapa Tendang Kepala Anaknya Gara-Gara Duit Raya Rm10.

AKIBAT gagal mendapatkan duit raya daripada anaknya sebanyak RM10 untuk membeli kad prabayar, seorang bapa sanggup menendang kepala kanak-kanak terbabit dalam kejadian di Kampung Pak Damat, Gong Badak, di Kuala Nerus, Khamis lalu.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut mengakibatkan keceder4an pada ibu kanak-kanak terbabit apabila wanita itu dipu.kul dengan papan luncur kerana cuba menghalang suaminya yang bagaikan dir4suk apabila menendang kepala anak kandungnya tanpa belas kasihan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos berkata, sebelum kejadian, bapa berusia 32 tahun itu mengejutkan anaknya yang tidur untuk meminjam wang sebanyak RM10 daripada kanak-kanak terbabit.

Katanya, tindakan susp3k mengejutkan anak lelakinya berusia 11 tahun dengan cara k4sar menyebabkan kanak-kanak itu terjaga.
“Susp3k kemudian meminta wang sebanyak RM10 daripada anaknya dengan alasan untuk membeli kad telefon prabayar.
“Bagaimanapun, suspek gagal mendapatkan wang berkenaan apabila kanak-kanak terbabit memberitahu dia tidak memiliki wang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro,, hari ini.
Beliau berkata, jawapan kanak-kanak terbabit menimbulkan kem4rahan kerana mendakwa kanak-kanak itu memiliki wang selepas beraya di rumah saudara.
Menurutnya, tidak puas hati dengan jawapan anaknya yang didakwa menipu, suspek kemudian bertindak menendang kepala kanak-kanak terbabit tanpa belas kasihan.
Perbuatan susp3k disedari isteri berusia 31 tahun yang kemudian cuba menghalangnya daripada terus bertindak demikian.
Bagaimanapun katanya, kemarahan suspek semakin menjadi-jadi apabila dia bertindak memukul isterinya dengan papan luncur.
Mohd Razmi berkata, suspek turut melempar kereta mainan ke arah wanita terbabit menyebabkan berlaku kec3deraan pada dahi wanita berkenaan.
Beliau berkata, suspek juga didakwa kerap meng4muk sehingga menyebabkan kerosakan harta benda di dalam rumah, malah pernah menyebabkan kec3deraan orang di sekelilingnya, sebelum ini.Susulan kejadian itu wanita terbabit kemudian membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, petang kejadian.“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Kes3ksaan (KK) dan Seksyen 18A Akta Keg4nasan Rumahtangga 2012.

“Susulan laporan dibuat isteri, susp3k ditangkap 11.45 malam tadi di kawasan Tepoh” katanya.

Suspek direman dan sudah dijatuhkan huk.uman oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

Sumber : MyMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*