Lelaki Luah Perasaan, Cermin Kereta Pecah ‘Dikerjakan’ Anak Tetamu Ketika Datang Beraya.

Cuti lama berhari raya di kampung halaman pastinya dipenuhi kemeriahan berjumpa sanak saudara.

Letih menyambut tetamu tu belakang ceritalah, yang penting dapat meluangkan masa dan saling bertukar cerita bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Tapi lain pula kenangan raya buat brader ni, apabila cermin belakang kereta Proton Personanya pecah dek ‘dikerjakan’ anak-anak tetamu yang hadir beraya ke rumah keluarganya di Kampung Seberang Pintasan, Dungun Terengganu.

Nak dijadikan cerita, Muhammad Fairus Abu Bakar memuatnaik statusnya di laman Twitter — meluahkan kesedihan kerana wujud segelintir ibu bapa yang leka mengawasi anak-anak mereka ketika datang beraya ke rumah orang lain.

Kejadian dikatakan berlaku pada hari raya kedua, kira-kira 12 tengahari sewaktu dia menerima kedatangan tetamu yang juga rakannya — dan dia hanya menyedari cermin belakangnya pecah sewaktu hendak ke kereta untuk mengambil duit raya.

Muhammad Fairus bagaimanapun enggan menuduh sesiapa, kerana tidak menyaksikan sendiri insiden berkenaan.

Namun dia berasa kecewa kerana sehingga kini, tiada siapa yang bertemu dengannya untuk mengakui kesalahan — jauh sekali tampil memohon maaf.

Tambah menyedihkan, kereta itu baru je setahun digunakan selepas dibeli tahun lalu.

Setakat ini, luahan tersebut mendapat hampir 9,000 oleh pengguna Twitter lain.

Rata-rata pengguna media sosial pula turut berkongsi respon mereka berhubung kejadian malang tersebut, dan tidak kurang ada yang mempersoalkan tindakan segelintir ibu bapa yang tidak mengawasi anak masing-masing sewaktu bertandang ke rumah orang lain.

Kita semua faham keletah kanak-kanak bila datang beraya, lebih-lebih lagi bila dah berjumpa dengan geng lain — memang tak boleh nak dicontrol dah.

Tapi ibu bapa pun, janganlah lepas tangan dan biar je anak masing-masing ‘meliar’ tak tentu hala.

Bila dah jadi macam ni, semua diam membisu. Nak salahkan siapa pun tak tahu kan?

Jadilah tetamu yang bertimbang rasa terhadap tuan rumah, kalau kena kat diri sendiri macam mana?

Sumber : LobakMerah & Twitter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*