” Lelaki Terbabit Ugut Saya Serahkan Wang Dan Barang Berharga..” – Penyanyi To’ki Cedera Ditik4m Penyamun

Penyanyi, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 52, ced3ra ditik4m dan diserang sekumpulan lelaki dipercayai dalam cubaan s4mun di Taman Daya, Kepong, di sini semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia yang bersendirian baru sahaja selesai membeli perkakasan melukis di pusat beli-belah Selayang Mall.

“Kira-kira jam 8 malam semasa dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal di satu selekoh, datang tiga lelaki menunggang dua motosikal menahan saya.

“Mereka cuba menghimpit saya ke tepi jalan sebelum menahan saya. Kemudian salah seorang lelaki terbabit meng.ugut supaya saya menyerahkan wang dan barang berharga,” katanya kepada Sinar Harian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan itu berkata, salah seorang lelaki terbabit secara tiba-tiba bertindak agr3sif dengan menik4m tangan kirinya.

“Saya terus rebah sebelum dibantu orang awam yang segera membawa saya ke HKL. Alhamdulillah, hari ini saya sedikit sihat selepas selesai menjalani pembedahan pada jam 10 pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang meluangkan masa melawat penyanyi itu berkata, beliau mengambil berat kes berkenaan.

“Nasib dia (To’ki) tidak baik. Apa pun syukur dia selamat dibedah dan semoga dia cepat sembuh serta kembali aktif dalam bidang seni kerana buat masa ini To’ki masih terlibat dalam persembahan mingguan di beberapa tempat.

“Saya harap kerjaya seninya disambung. Sekiranya kita boleh bantu, kita akan laksanakan. Kita akan pantau dari segi pemulihan kesihatannya dan kerjayanya,” katanya.

Sumber : SinarHarian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*