Polis Buru Lelaki Berkopiah Cekik Ayam Jantan Sampai Kejung.

DUNGUN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu akan menjalankan siasatan  berhubung tindakan seorang pemuda  mencekik seekor ayam jantan dalam kejadian Dungun.

Video yang berdurasi 13 saat itu mula tular di laman sosial Facebook, Sabtu lalu.

Menerusi paparan itu menunjukkan pemuda berkenaan bersama rakannya mencekik ayam jantan  tersebut sehingga haiwan terbabit mengalami kekejangan.

Pengarah Jabatan Veterinar negeri, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata pihaknya sedang giat mengumpul maklumat serta mengesan suspek.

Mohd Termizi berkata orang ramai yang mempuyai maklumat diminta tampil menyalurkan maklumat.

“Dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015, sebarang pelakuan kejam atau sebarang pelakuan yang boleh ditakrifkan penganiyaaan kepada haiwan boleh didakwa di mahkamah.

“Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda minimum sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau  berkata penternak juga perlu mematuhi garis panduan  penyembelihan haiwan ternakan dimana ianya tidak boleh dipukul, dipertontonkan kepada umum semasa proses penyembelihan dijalankan.

Katanya perkara itu turut mendapat perhatian daripada Persatuan Haiwan Malaysia yang mahu Jabatan Veterinar Malaysia mengambil tindakan tegas  terhadap kelakuan kejam itu.
Sumber : Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*