Tak Dapat Masuk Beraya, Budak-Budak Ini Conteng Pintu Pagar Tuan Rumah.

Bagi korang yang sentiasa updated dengan isu media sosial, korang mesti perasan kan yang raya tahun ni dipenuhi dengan cerita duit rayalah, anak tak reti behave bila berayalah dan macam-macam kes lagi.

Terbaru semalam, muncul pulak kisah viral di Twitter tentang sekumpulan budak-budak yang telah menconteng pagar dan jubin sebuah rumah gara-gara tuan rumah tak beri mereka masuk beraya.

Balik dari beraya tak sangka tengok rumah dah kena conteng!

Menurut netizen yang bernama Zeiqa,dia dan keluarga yang baru pulang daripada beraya terkejut melihat keadaan jubin dan pintu pagar rumah mereka yang telah diconteng dengan marker.
Walaupun CCTV mereka tak dapat melihat siapakah gerangan yang membuat onar ini, mujurlah CCTV jiran sebelah berjaya merakam kegiatan budak-budak tersebut kerana rumah mereka pun terkena perkara yang sama.

“Wahai parents, please lah advice your children. This is not how you act dekat property orang”

Tambah Zeiqa, budak-budak tersebut berkemungkinan ingat si tuan rumah tak benarkan mereka masuk ke rumah untuk beraya. Jadi mereka marah dan buat perangai dengan menconteng pagar rumah.

Walhal kata netizen ni, bukannya dorang tak nak bagi budak-budak tu masuk. Dorang tak ada kat rumah sebab keluar pergi beraya. Nampaknya kena datang lain tahun lah!

“Macam beruk sekor-sekor punya perangai” 

Netizen yang melihat video ni sudah semestinya sakit hati habislah dan membayangkan kalau perkara ni terjadi dekat mereka, hmm siap budak-budak tu kena ligan!

Sumber : Twitter & LobakMerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*