“Abil Sayang Papa And Abil Rindu Papa Sangat.” – Sedihnya Baca Luahan Nabila Huda Kepada Amy Search.




Umum sediakan maklum, hubungan antara pelakon Nabila Huda dan penyanyi terkenal Amy Search semakin renggang. Sebelum ini, Nabila Huda pernah mendakwa dirinya pernah mengalami masalah dengan ibu tirinya apabila meluahkan kekesalannya tidak dapat beraya bersama Amy Search.

Sempena hari bapa, pelakon ini tidak terlepas peluang untuk mengimbau kembali kenangan bersama ayah tercinta. Namun, postingnya itu telah undang sebak netizen setelah membacanya.

“Papa, tak kira berapa jauh, berapa tahun kita tak berjumpa, apa jua pun keadaan yang kita lalui, Abil just nak papa tau, you’re always on my mind. Setiap minit dan saat Abil akan merindui papa, semua tentang papa.

“Tawa papa, lawak, percakapan, masakan, cara papa ingatkan Abil tentang perkara sama setiap tahun, walaupun waktu kita bersama kurang ,bila ingat semua memori itu Abil akan senyum sendiri.

“Papa tahu kita tak pernah ada peluang meluangkan masa sama-sama sejak Abil kecil. Kita tak pernah ada peluang pergi bercuti berdua/bersama atau buat benda macam macam anak dan bapa orang lain,” tulisnya.

“Every time I went to my friend’s house, abil jealous nampak relationship dorang dengan their own dad. Abil nak peluk papa, hold your hands, dating berdua. I Never Had a chance. I just want you to know that I never blame you or mama because both of you separated and I kena go through hidup yang tak sama macam orang lain.

“I always adore you! You’re my idol..You’re the coolest dad that I ever had! No one can replace you..I know I’m not a good daughter dari mata sesetengah orang. I know there’s a lot of people out there kept on talking bad about me.

“Anak derhaka la, lupa bapak la Itu la Ini lah..I think you know me better, you know what I’m doing… It doesn’t matter how hard orang cuba nak jauhkan kita dengan pelbagai drama, you’re always in my heart papa.

If you hate me pun, I still love you so much. Because I love you so much, Abil korbankan our relationship, just to make you and other people happy. You’re too old nak go through same sh*t, drama here and there in your life.

“Maybe we don’t belongs to each other sebab banyak sangat rintangan nak kena lalui. I’ll pray for your happiness papa. Papa dah ada your own family. You deserve to be happy! Abil akan sentiasa tunggu message or call from you.

“Abil redha mungkin Ini lah jalan Yang Sudah tertulis Untuk hidup kite berdua. Abil sentiasa maafkan papa whatever Yang papa buat abil terasa or buat Abil sedih.

“Abil doakan papa sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Abil sayang papa and Abil rindu papa sangat…

“Happy father’s days Suhaimi bin Abdul Rahman!”, luahnya panjang lebar.

Menerusi posting ini, Nabila Huda sedia untuk memaafkan ayahnya itu dan sentiasa mengharapkan menerima mesej atau panggilan telefon dari Amy Search. Selain itu, Nabila Huda turut mengimpikan hubungannya bersama Amy Search kembali baik seperti sebelum ini dan menjalani kehidupan seperti keluarga bahagia.

Nak nangis baca

Sumber : Nabila Huda

 




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*