Dua Beradik Ditemui Lemas Dalam Peti Sejuk Lepas Main Sorok-Sorok




Memang susah nak jangka benda yang kita buat hari-hari boleh undang bahaya.

Macam dua adik beradik ini yang m4ti lem4s lepas secara tak sengaja terkurung diri sendiri dalam peti ais lama berhampiran rumah mereka di Kyrgyzstan.

Menurut Daily Mail, dua adik beradik ini, David, 6 dan Nikita, 4 tahun dikatakan sedang bermain sorok-sorok ketika kem4langan ini berlaku.

Difahamkan, semasa dorang sedang main sorok-sorok, David membuat keputusan untuk menyorok di dalam peti sejuk lama yang ditinggalkan di lama berdekatan dengan rumah mereka selepas ia rosak.

Pihak polis percaya yang Nikita menemui abangnya di dalam peti sejuk dan ikut abangnya masuk ke dalam peti sejuk itu.

Ketika budak-budak ini masuk ke dalam peti sejuk, pintu tersebut tertutup dan terkunci secara automatik.

Yang sedihnya, budak-budak ni tak boleh nak keluar sebab peti sejuk ini adalah design lama dan ia dicipta untuk tak boleh buka dari dalam.

Ibu bapa budak-budak ini yang menyedari kehilangan mereka telah cuba untuk cari mereka di sekitar kampung tapi tak berjaya.

Selepas beberapa jam mencari, ibu bapa ini mula menelefon polis untuk membuat laporan tentang kehilangan mereka.

Setibanya pihak polis di tempat kejadian, mereka mula mencari budak-budak tersebut di sekitar rumah keluarga itu dan kemudian pergi ke laman sebelum menemui budak-budak ini di dalam peti sejuk.

Malangnya, ketika ditemui budak-budak ini dah tak bernafas dan walaupun ibu bapanya cuba menyelamatkan mereka dengan membuat CPR, ia dah terlambat.

Menurut jurucakap pihak polis, ibu bapa ini mula risau bila mereka tak dengar suara anak-anak mereka bermain.

“Kali terakhir kanak-kanak ini dilihat bermain di laman berdekatan rumah mereka. 5 jam kemudian, mereka ditemui di dalam peti sejuk. Mereka tak dapat nak buka pintu dari dalam dan akhirnya m4ti lemas.”

Kesian mak bapak budak-budak ni, manalah dorang nak expect anak-anak ada dalam fridge lama.

Sumber : LobakMerah & DailyMail




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*