Tidak Sehaluan, Sam Bunkface & Aida Sah Bercerai Januari Lalu.




PENERBIT rancangan, Aida Azira Hussin, 32 mengesahkan dia dan penyanyi Sam Bunkface, 32, sudah bercerai pada hujung Januari lalu.

Aida berkata, perceraian itu dibuat atas keputusan bersama dan kedua belah keluarga reda serta merestui keputusan itu.

“Kami bercerai secara rasminya pada penghujung Januari lalu disebabkan sudah tidak sehaluan dan tidak ada persefahaman.

“Perceraian kami juga tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak dan kami bercerai ikut persetujuan masing-masing. Saya dan Sam bagaimanapun masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak kami.
Keluarga saya dan keluarga Sam pun reda dan menerima seadanya keputusan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Aida mengambil keputusan untuk memberi kenyataan bagi mengelak berlaku kekeliruan jika ramai beranggapan mereka masih suami isteri.

“Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari. Saya tidak mahu timbul kekeliruan bahawa kami masih bersama,” katanya.

Terdahulu, Sam tampil memberi kenyataan masih tinggal bersama Aida walaupun rumah tangga mereka mengalami sedikit pergolakan.

Penyanyi terbabit turut bertindak memadam foto bersama isterinya di Instagram dengan alasan ingin menggunakan platform itu untuk kerjaya saja.

Aida dan Sam mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.

Sumber : MyMetro




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*