‘Bibir Dah Kebiruan..’ – Ibu Sanggup Tinggalkan Anaknya 3 Jam Dalam Kereta Untuk Hadiri Konsert.




Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 2-3 tahun diselamatkan pihak berkuasa selepas ditinggalkan dalam kereta, sementaranya ibunya pergi menghadiri konsert.

Orang awam kemudian memaklumkan kepada pihak polis di Shandong, China, pada jam 8.20 malam Jumaat lalu selepas menyedari m4ngsa menangis kerana kepanasan dan suhu ketika itu, 32′ celsius.

Ibunya gagal dikesan dan polis terpaksa meminta bantuan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun memanjat masuk ke dalam kereta melalui ‘sunroof’ yang dibiarkan terbuka, untuk menyelamatkan bayi berkenaan.

Selepas pintu dibuka, polis mendapati baju m4ngsa basah disebabkan peluh akibat kepanasan dan mungkin mengalami dehidrasi.

“Cuaca memang panas. M4ngsa menangis kuat dan bibirnya kebiruan,” kata anggota polis.

Mereka segera memberi m4ngsa minum dan menenangkan dia dengan beberapa barang mainan.

Polis cuba menghubungi ibu kanak-kanak itu tetapi tidak dijawab. Orang ramai kemudian menyebarkan gambar kanak-kanak itu di media sosial dengan harapan dapat mengesan ibunya.

Selepas satu jam kemudian, si ibu akhirnya muncul di tempat letak kereta itu untuk mendapatkan anaknya pada jam 9.30 malam.

Menurut si ibu, dia pergi menghadiri konsert di stadium dan terpaksa meninggalkan anaknya dalam kereta kerana program itu tidak membenarkan kanak-kanak dibawa masuk.

Polis percaya wanita itu pergi menghadiri konsert pada jam 7 malam, meninggalkan anaknya dalam kereta kira-kira tiga jam.

Polis kemudian memberi am4ran kepada si ibu agar tidak meninggalkan anaknya dalam kereta terutamanya pada musim cuaca panas.

Sumber: MyMediaHub




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*