Pelik Tapi Ia Memang Terjadi, Ini Sebab Kenapa Bomba Datang Rumah Hanya Untuk Tangkap Ikan Keli.




Memang tak dinafikan, tugas pegawai bomba bukanlah mudah. Hampir kesemua perkara mereka harus buat.

Ada kes dimana pengadu tidak perlu pun hubungi pihak bomba tetapi mereka tetap akan buat juga.

HANYA kerana ikan keli menyengat kucing peliharaannya sehingga mati, wanita menghubungi bomba untuk menangkap ikan itu hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi tadi di sebuah kediaman di Jalan Pulau Indah, Shah Alam, wanita berusia 49 tahun itu menghubungi bilik kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengadu hal berkenaan.

Jurucakap JBPM Selangor berkata, pihaknya sudah menerangkan kepada wanita itu ia bukan kes kecemasan yang memerlukan tindakan bomba.

“Wanita itu mempertikaikan jika bukan bomba yang buat, siapa sepatutnya melakukan tugas itu.

“Ketika kejadian hanya wanita dan anak lelakinya saja di rumah,” katanya.

Katanya, petugas bilik kawalan kemudiannya memaklumkan kepada pusat gerakan operasi dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik untuk menangkap ikan berkenaan.

“Ikan terbabit berjaya ditangkap dan kini disimpan di balai bomba,” katanya.

Apa yang terjadi sebenarnya agak sia sia, pihak bomba boleh bersedia untuk kecemasan yang sebenarnya daripada membuang masa datang ke rumah semata mata untuk tangkap seekor ikan keli.

Kepada pengadu, harap anda sedar bahawa anda telah membuang duit rakyat dan buang masa pihak bomba dengan kes yang remeh ini.

Sumber: Harian Metro Online




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*