Semakin Manis Dan Sopan, Lisa Surihani Tampil Berhijab Minta Peminat Doakannya Istiqomah.




PENAMPILAN terbaharu pelakon Lisa Surihani selepas pulang daripada menunaikan Umrah menarik perhatian umum apabila dia kini sudah berhijab.

Lisa hadir pada sebuah majlis dengan imej tersebut mendapat pujian dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto-foto terbaharunya di laman sosial Instagram.

Malah Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33, turut meminta orang ramai berdoakan yang terbaik buat dirinya terus istiqomah.

“Hai sayang, terima kasih. Berdoa dan berharap ianya perkara baik dilakukan, datang dari hati yang ikhlas,” tulisnya.

Lisa berkata demikian selepas membalas komen salah seorang peminat yang memuji keayuannya mengenakan hijab.

Lisa menunaikan Umrah pada Syawal lalu bersama suaminya Yusry Abdul Halim dan dua cahaya matanya.

Lisa telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Yusry Abd Halim yang juga anggota KRU pada 23 Februari 2012.

Pasangan berkenaan dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Perkara itu menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji dan berharap aktres cantik itu mengekalkan imej terbaharunya itu.

Sumber : Mstar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*