Tiada Adab Makan Durian Secara Gelojoh, Nabil Mahir Dikutuk Sengaja Cari Publisiti Murahan.




Beberapa hari lalu, satu rakaman video tular di laman media sosial yang memaparkan aksi hos, Nabil Mahir yang menggaul beberapa biji durian sehingga lumat sebelum menikmatinya.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan adegan Nabil ‘melenyek-lenyekkan’ nasi yang dicampur bersama durian, santan dan gula merah.

Video pengacara Nabil Mahir sedang makan nasi berlaukkan buah durian secara gelojoh yang dimuat naik di Instagramnya mengundang kecaman netizen.

Rata-rata netizen menganggap perbuatannya sebagai tidak beradab dan tidak menghormati rezeki.

Nabil, 31, bagaimanapun memberitahu dia enggan mengambil serius dengan kritikan dan cacian yang dilemparkan terhadapnya.

Nabil tidak kisah dikritik dan dicaci.

Malah, Nabil menerusi laman Instagramnya memberitahu akan mengulangi perbuatan tersebut.

“Ada yang nasihat, ada yang perli, ada yang terus kutuk dan maki. Tak kisahlah yang mana kamu beri, saya tetap ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

“Maaf zahir dan batin lagi sekali… Lain kali aku buat lagi,” kata Nabil yang gemar memuat naik gambar dan video makanan di laman sosialnya.

Video tersebut turut menjadi perbualan hangat netizen di Twitter dan ada segelintir netizen menganggap dia sengaja mencari publisiti murahan.

Sumber : Mstar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*