Cuma Tanya Soalan Kepada Pemandu Grab Ini ‘Naik Hantu’, Tumbuk Dan Ludah Wanita Warga Emas.




ADA ketikanya tidak semua perangai yang baik akan mendapat balasan setimpal.

Tindakan seorang pemandu Grab lelaki yang melud4h dan menu.mbuk wanita warga emas yang juga penumpangnya dianggap sangat biadab.

Mengimbas kembali insiden yang berlaku pada pagi Khamis itu, ternyata ia mengundang kem4rahan anak-anak wanita itu.

Jelas gadis yang hanya mahu dikenali Awin,22, insiden itu berlaku di hadapan rumahnya ketika ibunya yang dikenali sebagai Puan Ani mahu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pada mulanya saya mahu menghantar ibu ke HKL, tapi kerana saya disuruh siapkan beberapa perkara, jadi ibu minta saya tempahkan Grab untuknya. Beberapa minit kemudian, kereta yang ditempah tiba.

“Ketika itu ibu mahu pergi melawat ayah yang ada di HKL kerana mengalami demam denggi sejak beberapa hari lalu,” ujar Awin memulakan cerita kepada mStar.

Beberapa minit kemudian, Awin mendapat mesej daripada ibunya yang berusia 60 tahun mengatakan dia dipukul.

“Ketika itu saya ada di dalam rumah dan sedang bersiap-siap untuk keluar. Apabila menerima mesej ibu, dalam keadaan terkejut dan marah saya terus berlari keluar untuk melihat keadaan ibu,” katanya.

Menurutnya, pemandu itu tiba-tiba marah apabila ibu Awin cuba bertanya mengenai tempahan khidmatnya.

“Biasalah orang tua akan tanya macam-macam untuk kepastian. Ibu ada tanya betul ke kereta yang ditempah. ‘Ini Grab nak pergi HKL kan‘? Tapi pemandu tu tak jawab.

“Ibu saya tanya lagi ‘Awak betulkan pemandu Grab?’. Ibu tanya semua itu untuk memastikan dia tidak tersalah naik kereta tu.

“Lepas tu pemandu tu jawab ‘Tengok nombor plate, tengok nombor plate‘.

“Ibu saya jawab saya cuma nak tanya je, awak kenapa sombong sangat‘ dan ketika itu ibu saya dah nak keluar daripada kereta itu.

“Tiba-tiba pemandu itu cakap kurang ajar kau, dah la tua bangka,” kata Awin menceritakan kejadian yang menimpa ibunya itu.

Dalam keadaan marah dengan perbuatan pemandu Grab itu, Puan Ani sempat membalas: “Eh awak tu pun sama, rambut dah putih.”

“Tiba-tiba pemandu yang dalam lingkungan umur 60 tahun itu keluar daripada kereta dan meludah serta pukul muka ibu saya,” tambahnya lagi.

Kata Awin, kejadian itu dilihat pengawal keselamatan berdekatan rumahnya yang kemudian bergegas ke lokasi, tetapi sebaik sampai pemandu itu terus melarikan diri.

Awin yang tinggal di Wangsa Maju berkata, dia segera membawa ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Tisu muka ibu sedikit koyak dan ced3ra. Lepas tu saya bawa ibu ke balai polis buat laporan walaupun dia tak mahu memanjangkan cerita kerana risaukan ayah.

“Tetapi saya dan abang paksa ibu buat laporan,” katanya.

Awin yang sedih melihat keadaan ibunya sukar menerima perbuatan pemandu Grab itu kerana sanggup memukul wanita tua yang jelas tidak mampu melawan kudrat lelaki itu.

“Saya memang sedih melihat keadaan ibu ketika itu, dengan tangan kanan dan kirinya memegang bekalan makanan untuk dibawa ke hospital, sampai hati dia pukul ‘syurga saya’,” ujar Awin.

Menurut Awin dia berkongsi kejadian yang berlaku kepada ibunya ini agar kes seumpamanya tidak berulang.

 

Terbaharu, Awin memuat naik status memberitahu anak kepada pemandu itu menghubunginya untuk memohon maaf dan meminta saya memadam Tweet berkenaan kes ini.

“Saya hanya akan bersetuju jika pemandu itu meminta maaf di hadapan ibu saya.

“Dan kali kedua anaknya menghubungi saya memberitahu pemandu itu setuju untuk berdepan dengan ibu saya.

“Uncle itu minta maaf namun tidak mengaku menumbuk ibunya.

“Dia cakap tangannya merewang mungkin terkena ibu saya.

“Laporan uncle tu tak ada pun tulis dia ludah dan lain-lain kat muka ibu. Jadi abang saya menyuruh dia pergi buat report baru,” katanya.

Sumber : Mstar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*