Tengah Dating Berdua Jalan Kaki Belakang Hospital, Tiba-Tiba Pasangan Ini Disimbah Cat Merah. Ini Sebenarnya Berlaku..




KAJANG: Sepasang kekasih disimbah cat berwarna merah yang bercampur dengan pasir oleh individu tidak dikenali ketika sedang berjalan kaki di kawasan belakang sebuah hospital dekat Bandar Sungai Long, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata m4ngsa yang tampil membuat laporan p0lis memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang.

Katanya, menurut pengadu, perbuatan itu dilakukan seorang lelaki dipercayai warga asing dan ketika kejadian, susp3k yang berkulit gelap itu memakai topi keledar berwarna hitam serta menunggang motosikal.

“Susp3k tidak dikenali itu tiba-tiba melontarkan cat dan pasir ke arah pengadu dan teman wanitanya ketika mereka berdua berjalan kaki di belakang sebuah hospital di Bandar Sungai Long

Sepasang kekasih disimbah cat merah ketika berjalan kaki di belakang sebuah hospital dekat Bandar Sungai Long, Kajang. – Foto NSTP

“Selepas itu, susp3k dikatakan memarahi pengadu serta teman wanitanya dalam bahasa asing dan melarikan diri sejurus kemudian,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Dzaffir berkata siasatan lanjut berhubung kes itu masih lagi dijalankan termasuk mengesan susp3k yang terbabit.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Kajang atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Hafizah di talian 016-6060955.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Kes3ksaan kerana melakukan ugut4n dan khi4nat.

Terdahulu, gambar pasangan terbabit yang juga penuntut sebuah universiti tempatan dalam keadaan badan dipenuhi cat berwarna merah, viral di media sosial.

Turut dimuat naik bersama gambar mereka adalah tong cat yang digunakan susp3k dalam kejadian itu.

Sumber : BHARIAN ONLINE & AS




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*