Wang Lebih 2Ratus Ribu Lesap, Polis Rampas Telefon Bimbit Dan Siasat Bekas Suami A.Aida.




PERSOALAN indivdu manakah didakwa rapat dengan Datuk A Aida yang melesapkan wang lebih RM200,000 bakal terjawab apabila bekas suami produser itu dipanggil pihak p0lis bagi membantu siasatan.

Ketua P0lis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya berjaya menjejaki individu tersebut iaitu Ariff Aziz, 30, pada Selasa lalu yang merupakan susp3k utama kes berkenaan untuk diambil keterangan.

P0lis turut mer4mpas telefon bimbitnya.

“Susp3k adalah bekas suami A Aida sendiri. Bagaimanapun pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

A Aida dan Ariff bercerai selepas sembilan bulan bergelar suami-isteri.

“Kami r4mpas telefon bimbit susp3k untuk mendapatkan maklumat seterusnya terutama berkaitan transaksi yang dibuat,” katanya kepada mStar.

Ditanya adakah kemungkinan Ariff akan didakwa dalam masa terdekat, Noor Azmi berkata pihaknya memerlukan sedikit lagi masa bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Selepas itu terpulang kepada pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tind4kan susulan,” katanya.

Pada Rabu lalu A Aida, 49, mendedahkan dia kehilangan lebih RM200,000 dalam bentuk pelaburan menerusi dua transaksi di luar pengetahuannya.

Sehubungan itu, A Aida membuat laporan di Balai P0lis Taman Bukit Indah, Ampang pada 21 Jun lalu berkaitan kes tersebut.

Dalam laporan yang dibuat itu, A Aida menamakan individu terdekat dengannya telah membuat dua transkasi pindahan pelaburan ke akaun tidak dikenali kerana hanya individu itu sahaja yang mempunyai maklumat peribadi A Aida bagi tujuan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Noor Azmi Yusoff.

A Aida dikatakan menyedari wang berkenaan hilang yang keseluruhannya berjumlah RM213,805 ketika membuat semakan akaun semasa bercuti di Mesir antara 21 Mac hingga 31 Mac 2019.

Semasa semakan itu, A Aida mendapati terdapat dua transaksi luar biasa telah dibuat seseorang pada 1 Mac 2019 kira-kira pukul 5.45 pagi iaitu sebelum dia berangkat ke Mesir lagi.

Selepas pulang dari bercuti itu, A Aida melalui peguamnya Datuk Zulkifli Che Yong terus membuat permohonan untuk bercerai dengan Ariff kerana rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

Pada 18 Jun lalu pula, A Aida melakukan kejutan apabila dia mengumumkan sudah bercerai dengan Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz selepas pelakon itu melafazkan cerai talak satu pada 25 April 2019.

Dalam pada itu A Aida yang dihubungi mStar untuk menjawab adakah kejadian tersebut menjadi punca percerainnya, dia bagaimanapun enggan memberi komen.

“Seperti saya katakan sebelum ini, jodoh… aj4l dan m4ut di tangan Tuhan. Dia yang menentukan apa yang berlaku.

“Mengenai kes itu pula, saya tak boleh beri apa-apa kenyataan kerana ia dalam siasatan p0lis dan biarlah pihak berkuasa sahaja mengulas mengenainya.

“Apa yang saya harapkan kes ini berjalan dengan baik dan pihak yang bersalah dapat did4kwa menurut peruntukan undang-undang,” ujarnya yang berjaya dihubungi lewat malam Khamis.

Sumber : Mstar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*