Ternampak Kereta Tersadai Tepi Jalan, Owner Ini Buka Mulut Punca Tersadai Buat Aku Sebak.




KITA mungkin pernah berdepan dengan situasi melihat kereta orang lain rosak di tepi jalan, tetapi adakah kita mahu memberhentikan kenderaan kita untuk menawarkan bantuan kepada mereka atau tidak?

Menerusi perkongsian di laman sosial, seorang lelaki dalam perjalanan untuk menjemput anaknya sanggup memberhentikan kenderaannya selepas melihat sebuah kereta tersadai di tepi jalan.

“Assalammualaikum bro. Apa hal ni? Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata kereta buat hal. Minyak macam tak naik, tiba-tiba mati (enjin) katanya sambil pegang spanar hidup.

“Bro pomen (mekanik) ke? Dia tanya aku balik. Tak, tapi saya pernah kena macam ni dulu. Aku bagitau dia. Tak apalah bro, rasanya saya boleh settle ni. Okaylah tu, kata aku sambil berpaling untuk kembali ke kereta dan beredar dari situ,” menurut satu perkongsian lama di halaman Facebook dan ia menjadi tular semula apabila ia dikongsikan di Facebook Viral Media Johor pada Jumaat.

Bagaimanapun, kedengaran suara seorang wanita berleter berikutan lelaki berkenaan bukan pertama kali menolak bantuan daripada orang awam sebelum itu.

“Masuk ni dah 2-3 orang nak tolong, awak tak nak pulak. Tak fahamlah saya apa masalah awak ni! Kata isteri lelaki itu. Aku pun (pergi) balik kat dia. Aku suruh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump (tangki bahan api), memang tak ada minyak.

“Aku minta spanar hidup yang dia pegang dan oil pump. Aku tengok okay je. Dalam hati cakap, takkanlah sampai minyak kering macam ni. Setahu aku, kalau pun pump rosak minyak mesti akan meleleh sikit-sikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump,” katanya sambil menambah bahawa meter minyak juga tak naik.

Dia terus mengajak lelaki itu untuk mencari mekanik yang kemudian akur apabila dileteri isterinya dan dalam perjalanan mencari mekanik, anak kepada lelaki berkenaan yang turut mengikut mereka mengadu lapar dan dahaga tetapi bapa kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri.

“Sampai stesen minyak dia cakap nak pergi tandas kejap. Aku beli makanan dan minuman, bagi kat anak dia. Aku juga beli minyak dan isinya dalam bekas minyak yang memang sentiasa ada dalam kereta aku,” tambahnya.

Lelaki itu memberitahu agar tidak mencari mekanik, sebaliknya meminta untuk dihantar semula ke keretanya.

Ya Allah. Dalam aku sentiasa mengeluh dan mengenang kesusahan, Kau sedarkan aku yang selama ni sentiasa lupa bahawa ada orang yang lebih susah daripada aku.

Namun, kira-kira dua kilometer sebelum tiba ke lokasi kereta lelaki itu, dia diminta untuk memberhentikan kenderaan di tepi jalan kerana lelaki tersebut mahu memaklumkan sesuatu.

“Air matanya bergenang bila kereta berhenti di tepi jalan, ‘Sebenarnya saya bohong, kereta saya tak rosak pun bro. Kereta saya tu memang habis minyak. Saya memang tak ada duit nak isi minyak. Saya ingat minyak kereta sampai laa ke rumah, tapi… ‘Aku masih diam. ‘Duit bro ni pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro’. Aku kemudian beritahu pasal dia tu aku halalkan.

“Percaya tak kalau saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah bro, dekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang berhenti. Tapi tak buat macam yang bro buat ni.

“Mereka cuma tanya, tengok sikit-sikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah, Allah hantar bro untuk saya, katanya menceritakan semula apa yang diperkatakan oleh bapa kanak-kanak itu.

Dia kemudian memberitahu secara kebetulan melalui jalan itu dan mengucapkan terima kasih sebelum memandang anaknya dan berkata sesuatu.

“Lelaki tu kata… ‘Abang, maafkan babah ye. Babah belum dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tak ada duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi? Anaknya angguk kepala.

“Depan pakcik yang baik ni babah buang rasa malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu, malu dengan anak-anak babah.

“Tapi babah nak abang tau, babah sentiasa beusaha untuk senangkan ibu dengan anak-anak babah. Babah harap abang faham ya.’ Katanya sebelum anaknya terus peluk bapanya sambil menangis. Aku keluar kereta, sumpah… aku pun menangis sama,” katanya.

Selepas menghantar kembali dua beranak itu ke kereta dan enjin kenderaan lelaki itu dihidupkan, anak lelaki itu dipanggil dan menasihatkan agar belajar rajin-rajin sehingga berjaya dan kemudian menjaga pula ibu-bapanya.

“Sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa bersyukurnya hidup aku.

“Ya Allah. Dalam aku sentiasa mengeluh dan mengenang kesusahan, Kau sedarkan aku yang selama ni sentiase lupa bahawa ada orang yang lebih susah daripada aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan,” katanya.

Sumber : Mstar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*