Berang Kekasih Tak Sekacak Gambar Di Facebook, Gadis Ini Buat Report Polis.




Hajat seorang gadis ingin bertentang mata buat kali pertama dengan kekasihnya bertukar ‘tra gis’ apabila mendapati rupa paras lelaki berkenaan tidak sekacak seperti yang digambarkan.

Akibat rasa tertipu setelah bercinta di alam maya selama setahun membuatkan Anah Syakila yang berasal dari Lebak, Banten, Indonesia itu nekad membuat lapo ran polis.

Menurut Syakila, dia berkenalan dengan seorang lelaki kacak dari Tulungagung yang hanya dikenali sebagai Rian menerusi laman Facebook sejak September tahun lalu.

“Kali pertama melihat gambar Rian, saya terus jatuh cinta kerana dia tampan.

“Rian juga sering memuat naik gambarnya di Facebook menyebabkan saya yakin dia adalah individu sebenar,” katanya dipetik laporan Bangka Pos.

Jurucakap polis, Dani Aristanto berkata, siasatan mendapati Facebook Rian adalah palsu dan nama sebenar lelaki berkenaan yang menyamar adalah Sugeng.

“Selepas disoal siasat, Sugeng mengaku menggunakan foto lelaki lain untuk berkenalan dengan Syakila.

“Remaja itu juga dikatakan setuju membayar semua kos pengangkutan dan penginapan Syakila di sini,” jelasnya.

Menurut Syakila, sepanjang perkenalan mereka, Rian sering memintanya datang ke Tulungagung tetapi dia menolak kerana mahu lelaki itu sendiri datang ke Banten.

Bagaimanapun baru-baru ini apabila Rian memberitahu dia jatuh sakit, Syakila mengambil keputusan untuk datang ke Tulungagung.

Difahamkan, jarak dari Banten ke Tulungagung kira-kira 860 kilometer dan perjalanan dengan menaiki kereta mengambil masa selama 17 jam.

Namun apabila sampai di Tulungagung, Syakila nyata terkeju apabila mendapati lelaki yang datang bertemunya memiliki wajah yang jauh berbeza daripada Rian di Facebook.

Sumber : The Coverage & Rakan Media Network




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*