6 Tanda Kalau Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin




Sebagai manusia yang bersifat ego dan sering menidakkan perkara yang terbuku didalam hati, banyak juga perkara yang kita ketepikan kerana ego. Termasuklah bila bab persoalan sedia atau tidak untuk berkahwin. Berani ke rat jarilah ramai yang kata ‘maaf, saya belum bersedia’.

Padahal memang dah tak sabar nak kahwin tapi malu takut dikatakan gatal.

Jika anda, seorang wanita yang sudah bekerja, tambahan dah ada teman lelaki kacak bergaya penuh dengan sifat bertanggungjawab, kasih sayang. Apa lagi nak ditunggu-tunggu, Inilah masanya untuk jerit ‘YA SAYA BERSEDIA!!’

Kenapa anda sudah bersedia? Inilah antara sebab-sebabnya

Pertama: Sudah mula merancang bertemu sesama keluarga

Sedar tak sedar, anda dan si dia dah mula berbincang soal untuk temukan kedua belah keluarga. Berkongsi tentang peranan keluarga masing-masing dan bilakah masa yang sesuai. Sebelum ni pun, anda juga pernah bersua muka dengan keluarga si dia. Jadi tidak timbul rasa janggal untuk temukan mereka. Kalau anda rasa ok, pasti begitu juga dengan keluarga awak.

Kedua : Mula berangan majlis hari perkahwinan

Setiap malam sebelum tidur, anda mesti tersengih seorang diri membayangkan diri anda sebagai seorang pengantin. Amboi yang ini sampai rakan sebilik pun perasan, dah macam kerang busuk sengihnya. Bayangkan, bila lafaz nikah telah dilafazkan, degupan jantung anda laju seperti baru saja lari 100km. Kalau dah berangan sampai ke tahap itu, apa maksudnya? Tak sabar lah tu nak kahwin!

Ketiga : Hanya berbual mengenai isu perkahwinan

‘Nanti dah kahwin’, ‘nanti kena tinggal satu rumah’, ‘nanti bila nikah’. Ada sahaja mengenai hal perkahwinan ingin dibualkan dengan pasangan. Tidak pun bila keluar bersama teman karib, isu perkahwinan pasti menjadi topik utama anda. Bermacam tips dan pantang-larang tentang alam perkahwinan anda cari di internet. Senang cakap separuh dalam kepala anda hanya soal kahwin sahaja.

Keempat : Mempunyai simpanan untuk majlis

Bila wang ringgit bukan lagi masalah yang perlu anda fikirkan. Simpanan yang ada sudah cukup atau masih lagi ditambah-tambah seperti sedia kala. Admin risau kalau anda terguna wang itu untuk perkara yang tidak berfaedah pula. Baik guna sebaik-baik dirancangnya.

Kelima : Sudah kenal pasti perancang perkahwinan atau butik pengantin

Pantang nampak posting butik pengantin atau baju pengantin di sosial media terus anda simpan! Anda mula mencari lokasi majlis, bakal perancang perkahwinan dan pilihan jurusolek untuk andaman majlis nanti. Bila ditanya kenapa, alasan senang nanti bila dah sedia semuanya dah lengkap.

Keenam : Pening kepala setiap kali berjauhan dengan dia

Masalah, masalah, masalah, Orang suruh kahwin, tak mahu. Bila kekasih kerja luar kawasan mula lah masam muka sepanjang hari sampai rakan sepejabat pun kena tempias. Cukuplah dengan sikap mengada itu, bawalah ke fasa yang seterusnya. Nak mero yan ke, merengek ke orang akan faham, sebab rindu suami bukan kekasih.

Lebih baik mengaku, anda memang nak kahwin kan sekarang? Mulut tu kalau boleh tak payah beri alasan tak sedia lagi!

Bosan okay.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*