Amalkan Gaya Hidup Sihat Setiap Hari Adalah Baik Untuk Kesihatan




Baru-baru ini salah satu akhbar melaporkan, 73 peratus pekerja Malaysia tidak sihat dan berada pada tahap membimbangkan dengan sebahagian besar mereka mengalami masalah kesihatan. Antaranya ialah:

Pemakanan tidak terkawal

Maklumat itu diperoleh daripada Program Saringan Kesihatan yang dijalankan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan kebanyakan mereka mempunyai masalah berat badan, ken cing manis, teka nan da rah tingggi dan kadar kolestrol tinggi.

Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib berkata, faktor pemakanan tidak dikawal menjadi salah satu punca yang mengundang masalah kesihatan kepada masyarakat di negara ini.

Menurutnya, pengambilan makanan yang tidak teratur dan tinggi kandungan minyak, lemak serta gula secara tidak terkawal boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan.

Masalah obe siti ini boleh menjadi punca kepada penyaakit-penyaakit kro  nik yang lain seperti dia betes, tekanan da rah ting gi dan sera ngan jan tung, katanya.

Tambahnya, tabiat masyarakat yang gemar makan pada lewat malam juga menjadi salah satu punca masalah obe siti.

Jika diperhatikan pada lewat malam, ramai masyarakat kita mengunjungi restoran-restoran atau kedai makan.

Kebiasaannya, setelah makan pada lewat malam, kita akan terus tidur dan makanan itu tidak akan menjadi sumber tenaga, sebaliknya ia tersimpan menjadi lemak.

Sebaiknya elak makanan yang berat dalam tempoh empat atau lima jam sebelum tidur,jelas Ruzita.

Dalam pada itu, Ruzita berkata, golongan pekerja akan menikmati apa sahaja makanan yang dijual di kantin pejabat.

Jelasnya, kebanyakan makanan itu tinggi kandungan minyak, lemak dan gula.

Mereka boleh makan apa sahaja tetapi biarlah secara sederhana.

Membawa bekalan sendiri ke pejabat juga merupakan salah satu tindakan bijak kerana kita dapat mengawal makanan tersebut, ujarnya.

Tambahnya, untuk kekal sihat orang ramai bukan sahaja perlu mengawal pemakanan, sebaliknya perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam.

Sementara itu, pakar motivasi dan kecergasan, Kevin Zahri berkata, untuk kekal sihat masyarakat perlu mengamalkan tiga perkara asas iaitu penjagaan makanan, mengamalkan gaya hidup sihatdan sentiasa bersenam.

Menurutnya, perkara yang paling penting adalah pemakanan dengan mengamalkan makanan mengikut keperluan diri sendiri.

Amalkan gaya pemakanan seimbang dan sesuai dengan keperluan diri sendiri kerana ia dapat membantu seseorang mengawal berat badannya.

Selain daripada mengamalkan pemakanan yang bagus, amalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Gaya hidup sihat dan aktif ini merujuk kepada pergerakan kita dalam seharian kerana ia membantu membakar kalori. Bagi mereka yang bekerja, tidak salah untuk meletak kereta jauh sedikit dari pejabat dan kemudiannya berjalan kaki, katanya.

Tambahnya, akhir sekali cuba luangkan sedikit masa untuk bersenam kerana ia sememangnya baik untuk kesihatan.

Kevin berkata, pilih aktiviti senaman yang menyeronokkan yang mampu menghilangkan tekanan.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*