Sebanyak 50,000 Liter Air Dalam Setahun Telah Dibazirkan Oleh Rakyat Malaysia




Air adalah satu sumber yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Selain dijadikan bahan minuman, air juga diperlukan untuk membasuh baju, mandi, basuh pinggan mangkuk, buat susu anak, basuh kereta dan macam-macam lagi. Untuk anda yang sudah berkeluarga atau mempunyai anak kecil yang suka main air, sudah tentu kita mahu berjimat selagi boleh supaya tidak terkejut melihat jumlah bil air setiap bulan.

Dalam bab penjimatan air ini, yang bertanggungjawab sudah tentulah terutamanya si ibu. Yang laki-laki ni diorang reti guna air je. Bab jimat memang gagal. Jadi hari ini, khas untuk ibu di luar sana, admin nak kongsikan 5 tips mudah untuk kita menjimatkan air, sekaligus mengurangkan perbelanjaan dan membolehkan anda shopping dengan duit lebih tersebut.

1. Basuh baju dengan muatan penuh

Kadangkala ada ibu yang terlebih rajin sampai baju kotor 2 ke 3 helai pun dah nak masukkan dalam mesin basuh untuk dibasuh. Rileks dulu. Sabar. Simpan dulu baju kotor tu sampai betul-betul penuh untuk dibasuh dengan mesin basuh. 3 hari sekali basuh baju memang cantik. Jangan setiap hari basuh. Bazir air tu.

2. Hanya ‘flush’ selepas buang air besar

Bila kita buang air kecil, tak perlulah nak flushtandas tu. Isi baldi sehingga suku penuh dan jirus. Itu pun dah mencukupi. Setiap kali kita flushtandas, kita sebenarnya dah gunakan sebanyak 11 liter. Banyak kan? Kalau sehari buang air kecil 5 kali dan korang pam tandas tu, dah 55 liter. Ish, ish, ish. Membazir sangat-sangat tu.

3. Mandi tu jangan lama sangat

Selepas berkahwin, satu tabiat isteri tercinta yang Admin perasan ialah dia kalau mandi memang lama. Boleh cecah 20 minit. Orang perempuan ni memang teliti apabila bab membersihkan badan ini. Tak boleh salahkan diorang jugak. Diorang mandi wangi-wangi untuk Si suami jugak kan?

Tapi untuk menjimatkan air, apa kata selepas ini anda potong separuh masa anda mandi di bilik air. Kalau selama ini mandi setengah jam, cuba kurangkan jadi 15 minit sahaja. Admin yakin anda tetap akan kekal wangi, jelita dan menawan sambil boleh berjimat dalam penggunaan air.

4. Jangan guna air dari paip ketika basuh pinggan

Membasuh pinggan adalah satu usaha murni yang patut diterapkan kepada semua ahli keluarga kita. Lepas makan, kenalah pandai basuh pinggan masing-masing. Tapi kena guna teknik yang betul. Jangan guna air dari paip yang mengalir tanpa henti untuk membasuh pinggan. Sebaliknya sediakan satu besen berisi air. Ala yang macam kat kenduri-kenduri selalu kita nampak tu. Jimat pun jimat, mudah pun lagi mudah. Boleh basuh semua sekaligus.

5. Baiki paip yang bocor

Apabila kita nampak air menitis tanpa henti daripada paip, itu tandanya paip kita bocor. Tapi kadangkala kita buat tak reti je. Ala setakat menitis setitik dua macam tu, bukannya membazir apa pun. Ish, ish, ish. Sebenarnya bila korang tak baiki kebocoran ini, jumlah air yang menitis tersebut boleh mencecah 15 liter sehari. Tak ke banyak tu? Lain kali nampak je bocor, terus beritahu suami tercinta dan suruh dia baiki secepat mungkin. Selagi dia tak baiki suruh dia tidur luar. Hehehe…

6. Bayar bil Indah Water anda

Last but not least, selain daripada membayar bil air, janganlah kita lupa untuk membayar bil Indah Water. Apa itu Indah Water? Ish, ish, ish. Indah Water inilah yang memastikan air di rumah kita selamat dan bersih untuk digunakan dalam aktiviti harian. Kerja-kerja yang dilakukan oleh Indah Water ini termasuk dalam kategori 3D (Dang erous, Dir ty and Difficult). Tapi, setiap bulan caj yang dikenakan hanyalah RM8. Murah kan?

Apabila korang basuh baju, mandi, buang air be sar/kecil, basuh kereta dan sebagainya, korang tak pernah ke terfikir apa yang jadi kepada air yang kotor tu?




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*