“Sedap2 Makan, Sekali Bersambalkan Lipas” – Noorkhiriah




Selalu baca di media isu makanan kotor terjadi pada orang lain. Siapa sangka, terkena pada batang hidung sendiri. Terkini, pelakon Noorkhiriah mengakui kesal dengan sikap sesetengah perniaga yang tidak mementingkan kebersihan dalam menyediakan makanan dijual.
Menerusi entri di Instagram (IG), Noorkhiriah berkongsi kisah makanan yang dimakan olehnya mempunyai seekor lipas.

“Sambal lipas gileer. Tak penah terfikir akan terjadi pada kakak.

“Sedap-sedap makan, sekali sambal bersambalkan lipas. Tolonglah jaga kebersihan.

“Bagi orang makan kot. Munttah weh. Tolonglah alert. Sorry kakak post, kalu tak mungkin akan terjadi lagi,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui kesal dengan sikap tidak bertanggung jawab perniaga tersebut dan berharap agar semua perniaga menjaga kebersihan dalam menyediakan makanan.
“@shahidatun_umira: Mesti dia masak sambal malam, lepas tutup api dia tak tudungkan periuk sambal, lipas buat kerja la semalam, dalam banyak-banyak lipas satu ni terjatuuh dalam tu. Eeeyerrkkkkk.”

“@tirmue: Pengotor betul la. Nasib tak makan dengan lipas itu sekali. Pada semua perniaga silalah jaga kebersihan.”

“@addyabdullah_: Wekkkk aku paling geli lipas. Kembbang tekak nengok. Kalau saya loya sebulan kot ieee meremang dah tengkuk aduhaii bertabahlah kak.”

Dalam perkembangan terkini, Noorkhiriah akan menyertai All Stars Buka Panggung akan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Sumber : CelotehSaje & AstroGempak




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*