Pemuda Ini Kongsi Percutian Terakhir Dengan Bapa. Sanggup ‘Gaduh’ Dengan Doktor Nak Keluar Wad, Bapa Macam Tahu Hospital Melaka Tempat Hembus Nafas Terakhir




KEHILANGAN insan bergelar bapa pasti perit untuk ditelan. Lebih memilukan kehilangan itu berlaku semasa percutian keluarga yang sepatutnya menyeronokkan.

Begitulah kisah dilalui Muhammad Faris apabila kehilangan bapa tersayang, Mohd Sharudin Abd Aziz semasa mereka sekeluarga bercuti di Melaka pada 24 hingga 26 Ogos lalu.

Kisah menyayat hati yang dikongsi pemuda berusia 24 tahun itu tular di Twitter dan mengundang simpati netizen.

Muhammad Faris atau lebih mesra disapa Faris berkata bapanya tetap berkeras mahu pergi bercuti meskipun keadaan kesihatannya tidak begitu memuaskan.

Tweet Faris mendapat lebih 3,000 ulang kicau dan 2,700 tanda suka.

“Percutian kami di Melaka tu sebenarnya apak yang plan. Dia sendiri yang nak pergi mungkin sebab dia bosan selalu duduk dekat rumah sejak sakit ni.

“Tiga hari sebelum pergi bercuti tu dia mengadu sesak nafas. Jadi dia kena tahan wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tapi dia minta keluar wad sehari sebelum kami pergi Melaka.

“Mula-mula tu rasa terkilan sebab masa nak keluar wad tu apak ‘g4duh’ dengan doktor. Doktor memang tak bagi sebab risaukan kesihatan dia tapi apak berkeras nak pergi juga,” katanya kepada mStar.

Faris mendedahkan bapanya itu bagaikan sudah mengetahui Melaka adalah destinasi percutian terakhirnya bersama keluarga dan tempat dia menghembuskan nafas terakhir.

“Apak pernah cakap dekat doktor ‘saya ni kat mana-mana je boleh m4ti… Hospital Kuala Lumpur saya boleh m4ti… Hospital Melaka pun saya boleh m4ti.

“Saya terkejut juga bila dia sebut Hospital Melaka tu. Mungkin itu salah satu petunjuk atau pun sekadar kebetulan sahaja,” katanya.

Faris sekeluarga berkesempatan makan ikan bakar di sebuah restoran popular di Melaka.

Menurut perkongsian Faris, ketika di Melaka bapanya ada meminta supaya dia mencari rumah kawan lamanya, Sharif, yang terletak di Tesco tetapi mal4ngnya nombor telefonnya tiada dalam simpanan.

Bagaimanapun, berpandukan petunjuk ‘Tesco’ dan apa yang mampu diingati oleh bapanya, mereka tetap ke kawasan tersebut untuk mencari rumah Sharif tetapi tidak berjaya.

“Akhirnya arw4h cakap takpelah mungkin jalan dah berubah. Kami pun balik hotel sebab hari pun dah nak gelap,” tulis Faris di bebenang Twitter.

Gambar last yang saya sempat selit tu sebenarnya nak ambil gambar apak dan atok saya. Tapi kebetulan saya ada waktu tu saya masuk sekali.

MUHAMMAD FARIS MOHD SHARUDIN.

Graduan UiTM, Shah Alam.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu berkata sebelum men1nggal dunia bapanya turut berkelakuan pelik daripada kebiasaannya.

“Sikap apak memang lain sangat. Dia nak orang ikut cakap dia je samalah masa dia ‘g4duh’ dengan doktor tu. Bukan dia dengar cakap doktor tapi dia nak doktor ikut cakap dia.

“Masa dekat Melaka dia memang happy. Cuma masa kami pergi makan ikan bakar malam Sabtu tu dia macam nak ikut kehendak dia nak order itu, nak order ini termasuklah ais kosong. Memang saya g4duh juga dengan dia masa tu,” katanya.

Gambar Faris bersama bapanya (kiri) buat kali terakhir.

Namun Faris berkata bapanya kelihatan penat sebaik mereka pulang ke hotel selepas berjalan di sekitar bandaraya Melaka.

“Jadi apak, mak, adik dan atok tinggal di hotel manakala kami keluar pergi dinnerdan tapau sekali makanan untuk mereka. Baru je sampai kedai, adik call suruh balik cepat sebab ayah sesak nafas.

“Sampai je hotel saya nampak apak dah terbaring dan nafasnya pendek. Dia memang tak sedar masa tu. Masa tu saya ucap kalimah syahadah dekat telinga dia takut jadi apa-apa.

“Sampai hospital ayah terus masuk emergency zon merah. Alhamdulillah masa tu apak sedar lagi. Tapi Isnin tu apak k0ma tapi saya tenang lagi sebab dia pernah tak sedar selama dua tiga hari dulu,” katanya.

Bercerita lanjut, Faris berkata bapanya menghembuskan nafas terakhirnya semasa berada di unit rawatan rapi (ICU) kira-kira pukul 2 petang 26 Ogos lalu.

“Masa sampai ICU tu doktor tak bagi masuk. Ada doktor keluar beritahu keadaan apak sangat tenat. Jantung dia dah berhenti empat kali dan mereka dah buat empat kali CPR. Tapi saya lega apabila doktor cakap Alhamdulillah dah ada nadi.

Gambar konvo bersama arwah bapa dan ibunya pada Mei 2017.

“Tapi waktu tu kami berkumpul di hospital tunggu keadaan apak stabil. Seorang lagi kakak yang tak ikut kami pun datang ke Melaka untuk melawat apak. Bila dia masuk nak tengok apak tiba-tiba dia keluar menangis. Kami semua yang kat luar semua masuklah.

“Datang seorang doktor lelaki check keadaan apak. Dia tengok mesin nadi dan check mata. Lepas tu dia cakap ‘pakcik dah tiada’. Kami semua menangis dan masa tu saya macam tak percaya yang apak dah tak ada,” katanya.

Faris berkata jen4zah bapanya dibawa ke rumah mereka di Gombak dengan menggunakan van jen4zah Majlis Agama Islam Melaka.

“Apak pernah pesan kalau dia men1nggal, uruskan dekat surau dekat rumah. Jadi pulanglah saya ke Gombak menaiki van jen4zah bersama arwah,” katanya sambil memberitahu ayahnya mempunyai masalah buah pinggang dan jantung.

Walaupun bapanya sudah tiada, Faris gembira kerana dia sempat merakam gambar kenangan terakhir bersama bapa dan datuknya, Abd Aziz Alwi.

Gambar kenangan raya Faris sekeluarga bersama ayahnya.

“Gambar last yang saya sempat selit tu sebenarnya nak ambil gambar apak dan atok saya. Tapi kebetulan saya ada waktu tu saya masuk sekali.

“Tapi satu family terkilan sebab tak ambil gambar ramai-ramai. Kalau ikutkan boleh je masuk satu family tapi waktu tu agak kelam kabut sedikit. Jadi gambar saya je yang ada dengan apak sebab kami pun tak expect akan jadi macam ni,” katanya.

Ditanya mengenai keperibadian bapanya, Faris berkata bapanya itu seorang yang kelakar dan suka bergurau dengan anak-anak.

“Saya akan selalu ingat pesan apak. Setiap kali kalau saya atau kakak-kakak saya yang lain nak keluar atau pergi kerja dia akan cakap ‘slow and steady win the race’.

“Itu ayat dia selalu sebut kepada kami. Sebenarnya dia nak kami bawa motor elok-elok, kiranya berhati-hati jadi kami akan sampai dengan selamat,” katanya.

Sumber : Mstar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*