Kisah Pengorbanan Ayah Naik Motor Dari IJN Ke Terengganu Buat Anak Undang Sebak. “Offer Hantarkan Anak, Tapi Pakcik Itu Tak Mahu”




Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah situasi yang dapat digambarkan apabila sebuah keluarga ini bertemu dengan seorang pakcik dan anak perempuannya yang menghidap sakit buah pinggang dan jantung berlubang.

Perkongsian dari individu bernama Firdaus Pauzi terjumpa anak beranak ini di RnR Maran dan mereka hanya menaiki motosikal dari Insitut Jantung Malaysia (IJN) ke Kuala Terengganu.

Sayu apabila mengetahui pengorbanan seorang ayah demi anaknya yang sanggup tempuhi segala kesusahan hidup.

Terjumpa mereka di RnR Maran

Anak dia dah nak kena sawan

Anak dia macam letih je

Ayah tak sampai hati

Hujan lebat, helmet tak ada visor

Tweet ini telah dimuatnaik pengguna Twitter, Lalang Sajati dan meraih kira-kira 2.3K retweet. Dia berkongsi pengalamannya sekeluarga bertemu sepasang ayah dan anak yang dalam perjalanan dari Institut Jantung Negara (IJN) ke rumah halaman di Kualan Terengganu.

Keadaan menjadi semakin sayu apabila mengetahui anak perempuan yang berusia 15 tahun ini menghidap sakit buah pinggang dan jantung berlubang. Mereka terpaksa berhenti berehat seketika di RnR Maran kerana dikhuatiri remaja itu diserang sawan.

This was so hard to read

Sementara itu, tweet ini turut mendapat perhatian pengacara popular Neelofa. Dia turut mendoakan agar perjalanan kehidupan buat keluarga tersebut dipermudahkan dan lancar pulang ke destinasi.

Tambahnya, bagi sesiapa yang mempunyai info mengenai pakcik ini, dimohon untuk kongsi bertujuan memudahkan bantuan dari orang ramai.

Sumber: Twitter Firdaus Pauzi & OhBulan




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*